dengan nama Allah

Friday, August 27, 2010

penting ,, sgt penting ,, :'(

Mak selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar.

Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Mak." Jawab mak, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan mak akan tanya lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, mak bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "mak, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita."

Mak memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, mak terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, sayangku."

Akhirnya 2 tahun lalu, nenekku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku jugak menangis.Aku mengingatinya kerana aku tidak pernah melihatnya menangis. Mak memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada nenek.

Mak bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, angah?"

Aku terkejut ketika mak bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara mak dan aku.

Mak melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan pada angah apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang angah jawab pada mak dulu, mak selalu berkata angah salah dan mak telah memberitahu angah kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting."

Mak memandangku dengan wajah keibuan. Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Mak berkata, "Angah, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu."

Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Mak membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis".

Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Mak cuma berharap, angah punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar angah selalu mempunyai bahu untuk menangis bila- bila pun angah memerlukannya. "

Akhirnya, aku tahu dan fahami, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain.

Orang akan melupakan apa yang kita katakan. Orang akan melupakan apa yang kita lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn't mean the future will be. So never let events from the past, Change the events for future, or You will be miserable forever..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang sebagai pengajaran. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan dan tidak diulangi. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. .. Tapi ia amat menyedihkan andai kita melaluinya sambil lewa...

~bicara aq ~

No comments:

Post a Comment